![](https://static.wixstatic.com/media/856185_92cbee372ed9455790204b52dbf14bea~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_720,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/856185_92cbee372ed9455790204b52dbf14bea~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/11062b_77378fc0da68439ebd8fd24a2f51e50cf000.jpg/v1/fill/w_140,h_79,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/11062b_77378fc0da68439ebd8fd24a2f51e50cf000.jpg)
Latar Belakang JUPEM WP Labuan
➤ Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Wilayah Persekutuan Labuan telah ditubuhkan pada 16 April 1984 selaras dengan penistiharan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sebelum ini Jabatan Tanah, Jabatan Ukur dan Jabatan Penilaian merupakan satu Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Tanah dan Ukur Labuan dibawah pentadbiran negeri Sabah.
​
➤ Perundangan tanah yang diamalkan di Wilayah Persekutuan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 6(1) Akta Perlembagaan (Pindaan No.2.1984) yang menetapkan bahawa semua 'written laws' yang berkuatkuasa semasa Pulau Labuan menjadi sebahagian daripada negeri Sabah akan terus berkuatkuasa selepas 16 April 1984, iaitu tarikh tertubuhnya Wilayah Persekutuan Labuan
VISI
Menjadikan JUPEM terbilang dalam perkhidmatan Ukur dan Pemetaan serta pengurusan data Geospatial bagi memenuhi wawasan negara
MISI
Menyediakan Perkhidmatan Ukur dan Pemetaan serta Pengurusan Data Geospatial yang berkualiti melalui sistem terbaik, sumber manusia yang kompeten dan persekitaran kerja yang kondusif
![LogoEKSA Baru 2021 .jpg](https://static.wixstatic.com/media/856185_e9521d38d205446db6ac8a244898edc4~mv2.jpg/v1/fill/w_291,h_218,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/LogoEKSA%20Baru%202021%20.jpg)
FUNGSI
➤Menasihati kerajaan dalam bidang Ukur Kadaster dan Pemetaan serta persempadanan negeri dan antarabangsa.
​
➤Menyediakan maklumat Ukur Kadaster secara lengkap dan kekal untuk tujuan pengeluaran hakmilik tanah strata dan stratum.
​
➤Menguruskan pangkalan data Ukur Kadaster dan Pemetaan dengan efisien.
​
​
​
OBJEKTIF
➤Memastikan produk dan perkhidmatan Ukur Kadaster dan Pemetaan menepati sistem berkualiti serta memenuhi keperluan pelanggan.
​
➤Memastikan pewujudan dan penyelenggaraan Pangkalan Data Ukur Kadaster dan Pemetaan yang kemaskini dan berkualiti bagi memenuhi keperluan infrastruktur Data Geospatial negara.
​
➤Menjadikan JUPEM pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang Ukur Kadaster dan Pemetaan.
​
➤Memastikan penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa memenuhi keperluan pentadbiran negeri serta menjamin kedaulatan negara.