top of page

APA ITU EKSA??

 EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014
sebagai satu inisiatif penjenamaan semula dan penambahbaikan terhadap Amalan Persekitaran Berkualiti yang berteraskan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal telah mewu­judkan Ekosistem Kondusif 5ektor Awam (EK5A) yang diperkenalkan oleh MAMPU. Penambahbaikan ini masih berteraskan kepada amalan 5S dengan menitikberatkan imej sektor awam, menggalakkan kreativiti dan inovasi selaras dengan kepuasan pelanggan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan berteknologi hijau melalui aktiviti - aktiviti Go Green.


Penubuhan EKSA juga telah memberi nafas baru dalam beberapa kriteria pengauditan dengan membahagikan kriteria - kriteria tersebut kepada dua bahagian iaitu, kriteria generik dan kriteria khusus. Kriteria - kriteria ini disesuaikan penilaiannya mengikut fungsi agensi - agensi kerajaan Malaysia amnya dan Politeknik Balik Pulau khususnya.


Langkah penjenamaan semula ini adalah relevan dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan atau agensi sektor awam.

 

LogoEKSA Baru 2021 .jpg

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN 

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Peti surat 81090

Tingkat 7, Blok 4

Kompleks Ujana Kewangan

87020 W.P. LABUAN

Suka   Kongsi   Sertai Kami
  • Facebook
  • Instagram
  • Google Play
Pendapat Anda Kelebihan Kami!

 

​Telephone : ​087-412068 / 413068

Fax          : 087-417181

Email : eksajupemlabuan.wp@gmail.com

​​​

© 2021 by WalterPeter@WaltzDisney90. Proudly created with EKSA JUPEM WP.LABUAN

bottom of page