Selamat maju jaya diucapkan kepada Sr Mohamad Makros bin Rasimin yang bersara pada 2 Januari 2024. Setinggi-tinggi penghargaan di atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Sr Mohamad Makros bin Rasimin dilahirkan di Perak pada 2 Januari 1964 dan telah memulakan perkhidmatan awam pada 16 Julai 2003 sebagai Penolong Pengarah Juruukur Gred J41 di MaCGDI (kini dikenali sebagai Pusat Geospatial Negara). Jawatan terakhir beliau sebelum bersara wajib adalah sebagai Pengarah Ukur dan Pemetaan WP Labuan.
Pihak JUPEM mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya buat Sr Mohamad Makros bin Rasimin dan semoga beliau sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi serta dikurniakan kesihatan yang baik.
![](https://static.wixstatic.com/media/856185_560b3ba005a94214a9dc1dd986640a82~mv2.jpeg/v1/fill/w_980,h_718,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/856185_560b3ba005a94214a9dc1dd986640a82~mv2.jpeg)
留言